Dropship

 

Terima kasih kerana berminat menjadi Rakan Niaga SyaQist Patchwork.  Kami mengalu-alukan anda menyertai Team Kami.

 

2 CARA UNTUK MENJADI RAKAN NIAGA SYAQIST PATCHWORK

1.     MODAL RM59 ANDA DAPAT 1 HELAI KARPET PATCHWORK SIZE S (RANDOM DESIGN)

Anda guna sendiri, ambil gambar untuk tujuan promosi. Orang lebih percaya jika anda sendiri telah menggunakan produk yang  bakal anda jual.

 

Atau

 

2.     PENDAFTARAN RM20 SAHAJA SEBAGAI YURAN KOMITMEN ( Sekali Seumur Hidup). Yuran ini TIDAK AKAN DI PULANGKAN jika anda menarik diri atau keahlian ditamatkan oleh pihak SyaQist.

 

 

MANFAAT RAKAN NIAGA

1.     Anda layak menikmati pembelian produk SyaQist Patchwork pada HARGA AHLI di mana harga yg ditawarkan lebih murah dari harga jualan

2.     Kami Sediakan Info Produk dan Bahan Promosi

3.     Percuma Testimoni Pelanggan

4.     Tiada Minimum Order.

5.     Keuntungan runcit yang tinggi, risiko yang rendah.

6.     Tiada Risiko Menyimpan stock dan barang tidak laku.

7.     Kami Uruskan Penghantaran Untuk Anda

8.     Group Support ( WhatsApp & Facebook Group)

9.     Reward / Ganjaran ( yang memenuhi Target)

10.  Tips Bisnes ( Copywriting / Close Sale / Follow Up )

 

 

Terma dan Syarat :-

1.     SyaQist Patchwork berhak mengubah harga produk bila bila masa apabila perlu.

2.     Pesanan minima tidak diperlukan. Ini bermakna anda boleh membeli walaupun hanya 1 unit dengan harga yang lebih rendah.

3.     Pelanggan anda membayar kepada anda dan anda membayar kepada kami. (Keuntungan terus masuk ke akaun anda).

4.     Setiap Rakan Niaga perlu menjual dengan HARGA JUALAN YANG TELAH DITETAPKAN oleh pihak SyaQist SAHAJA. Jika Rakan Niaga di dapati menjual dengan harga lebih murah atau mahal, secara automatik keahlian anda sebagai Rakan Niaga SyaQist akan ditamatkan.

5.     Sebarang produk / gambar untuk tujuan promosi boleh dimuat turun melalui website www.syaqist.com atau Screenshot di Instagram SyaQistPatchwork atau melalui Whatsapp atau di laman facebook page https://www.facebook.com/syaqistpatchworkofficial. Anda dibenarkan untuk mengambil gambar produk di laman tersebut.

6.    Tata tertib dan cara layanan setiap Rakan Niaga kepada pelanggan SyaQist harus dijaga. Rakan Niaga SyaQist secara tidak langsung mewakili Syaqist Smart Rich PLT. Sekiranya terdapat aduan terhadap mana-mana Rakan Niaga dari pelanggan SyaQist, keahlian anda akan ditamatkan serta merta.

7.   Rakan Niaga SyaQist DIBENARKAN mempromosi jualan mereka di mana-mana laman sosial (Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram, etc.), laman jualan komuniti (eBay, Mudah.my, Shoppe, Lazada etc.), laman blog anda sendiri atau boleh juga membuat jualan secara offline.

8.   Semua urusan PEMBELIAN dan PEMBAYARAN berkenaan order adalah di website (www.syaqist.com) sahaja.

9.  Harga Ahli adalah TIDAK termasuk harga pos KECUALI dinyatakan. Setiap ahli mohon terlebih dahulu merujuk harga jualan sebelum memaklumkan kepada pelanggan disebabkan perubahan harga dari masa ke semasa dari pihak SyaQist.

10.  Pihak SyaQist akan membuat penghantaran kepada pelanggan hanya selepas menerima invoice dari PAYMENT GATEWAY SYAQIST.

11.  Order akan TERBATAL secara automatik sekiranya anda GAGAL membuat pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas menghantar order di website.

12.   Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh dua (2) hingga tiga (3) hari berkerja selepas pengesahan penerimaan bayaran kecuali atas hal-hal kecemasan lain yang tidak dapat dielakkan akan dimaklumkan kemudian.

13.  Rakan Niaga perlulah aktif dalam mempromosikan produk. Jika tiada aktiviti pembelian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir transaksi, keahlian anda akan ditamatkan tanpa sebarang notis.

14.  Cash on Delivery (COD) tidak dilakukan oleh pihak SyaQist untuk pelanggan anda. Namun, anda boleh mengambil inisiatif untuk mengambil barangan tempahan di HQ secara ‘self-pickup service’ dan kemudian menghantar kepada pelanggan masing-masing.

15.  Selepas pengesahan admin akan masukkan ke dalam support group.

16.  Founder / Owner Bisnes /  Stokis mana-mana produk tidak dibenarkan menyertai Dropship kami. Pihak SyaQist berhak menamatkan keahlian pada bila-bila masa.

 

Tawaran amat terhad. Kuota sikiiiiiiit aja. Its now or never!