TIPS MEMILIH CADAR YANG SESUAI

TIPS MEMILIH CADAR YANG SESUAI

PASTIKAN ANDA TAHU 4 PERKARA INI SEBELUM MEMBELI CADAR
 
Kain cadar sangat penting dan menjadi sebahagian daripada keperluan rumah. Oleh itu, beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian cadar. Jom ikuti panduan ini dalam memilih cadar yang sesuai untuk rumah syurga anda.
1️⃣ Ukuran Katil
Kenali saiz katil dan tilam anda. Cadar super queen SyaQist berukuran 230cm x 250cm, boleh dipakai untuk katil queen dan king juga. Untuk katil king, tebal tilam yang kurang dari 10 inci sesuai menggunakan cadar super queen ini.
Manakala cadar saiz super king SyaQist pula berukuran 250cm x 270cm, sesuai digunakan untuk katil king dan super king. Walaubagaimanapun, anda perlu mengukur terlebih dahulu supaya cadar terletak kemas dan tidak terlalu singkat atau terlalu labuh.
2️⃣ Jenis Fabrik
Fabrik jenis cotton sangat sesuai untuk kegunaan harian kerana sifatnya yang tahan terhadap semua cuaca, tekstur fabrik kekal sama, tidak mengecut atau renggang. Cotton juga sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif kerana habuk, hama dan bakteria jahat tidak mudah melekat.
3️⃣ Warna
Pilihan warna cadar yang sesuai dengan keadaan bilik sangat perlu ditekankan. Untuk ruang yang kecil, anda disarankan memakai cadar berwarna putih atau tona warna cerah bagi memberi efek yang lebih luas. Padanan selimut dan langsir juga memainkan peranan penting supaya kita dapat berehat dengan tenang dan selesa.
4️⃣ Memilih Cadar Yang Mudah Dibersihkan
Ini perkara yang paling penting sekali kerana apabila cadar perlu dibasuh dengan cara yang rumit, sukar untuk kita kekalkan kebersihan persekitaran bilik. Pilih cadar yang boleh dibasuh dengan kerap dan hanya menggunakan mesin basuh di rumah sahaja.
Walau apa jenis cadar yang kita ada, pastikan semua cadar disimpan rapi dan di tempat yang senang dicapai supaya proses mencuci dan mengganti cadar menjadi mudah! Ingat, kebersihan dan keselesaan tempat tidur kita amat penting bagi mengekalkan mood positif dan ceria selalu.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *